aurora borealis

What's Up : Khai Bahar

Khai Bahar (Gambar ihsan dari Instagram: khaibahar94 )

Khai Bahar... Dengan sekelip mata sahaja, dirinya menjadi kegilaan ramai. Video duet Smule bersama Siti Nordiana telah menjadi "viral" di laman sosial. Siapa sahaja yang tidak jatuh hati dengan kelunakan suara Khai itu? Kini tampil dengan lagu "single" pertamanya iaitu "Bayang", Khai dilihat semakin yakin mengorak langkah di dalam industri muzik. Jom ikuti temu bual Zara bersama Khai Bahar.

Zara Kayangan (ZK): Assalamualaikum Khai. Pertama sekali, Zara ucapkan tahniah atas kejayaan lagu "Bayang" yang kini hangat dimainkan di corong-corong radio.
Khai Bahar (KB): Waalaikummusalam. Terima kasih Zara atas ucapan tahniah tersebut.

ZK: Baiklah... Mengapakah aplikasi Smule menjadi pilihan Khai Bahar untuk menonjolkan bakat Khai?
KB: Pada awalnya, Khai menyanyi di Smule hanya sekadar suka-suka dan Khai tak pernah jangka nyanyian Khai akan mendapat sambutan oleh orang ramai.

ZK: Tidak silap Zara la, Khai pernah menyertai uji bakat Mentor dan Akademi Fantasia?
KB: Betul. Khai pernah mencuba nasib di beberapa ujibakat yang lalu, tapi belum rezeki Khai di situ.

ZK: Itulah. Rezeki ada di mana-mana sahaja. :) Setelah dilamar NAR Records, Khai tampil dengan lagu "single" berjudul "Bayang". Adakah Khai mempunyai perancangan untuk mengeluarkan album penuh atau setakat mengetengahkan lagu-lagu "single" sahaja tanpa album?
KB: InsyaAllah, jika ada rezeki untuk pembikinan album. Khai akan ikut keputusan pihak NAR Records.


Khai Bahar membuat persembahan (Gambar ihsan dari Instagram: khaibahar94 )

ZK: Kalau begitu, Zara pun teruja untuk mendengar album Khai Bahar! Baiklah... Beralih ke soalan yang lebih santai, adakah Khai mempunyai sebarang tips untuk menjaga suara Khai? Kalau ada, boleh kongsikan bersama.
KB: Sebenarnya Khai tidak pernah sertai mana-mana kelas vokal. Sebagai seorang penyanyi Khai memang perlu menjaga vokal. Contohnya dengan cara minum air suam banyak-banyak dan rehat yang cukup.

ZK: Baiklah, kita sudah berada di penghujung temu bual. Apakah perkembangan terbaru Khai Bahar?
KB: Perkembangan baru Khai ialah Khai akan merakamkan single kedua. InsyaAllah, lagu itu akan dilancarkan hujung tahun ini.

ZK: Terima kasih Khai Bahar kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual. Semoga karier Khai Bahar terus maju di masa hadapan.
KB: Terima kasih Zara. Semoga berjaya juga.


Comments

Popular Posts