What's Up : Kumpulan The 4aith
Kumpulan The 4aith (Ihsan dari IG: the4aith ) |
Mereka masih lagi sebuah kumpulan vokal islamik yang baharu, namun jangan sangkalkan kehebatan kumpulan ini. Kumpulan yang terdiri daripada empat orang pemuda iaitu Amir Firdaus Bin Razali (Amir), Aniq Muhaimin Bin Ismail (Aniq), Muhammad Firdaus bin Rahmat (Firdaus) dan Muhammad Fahimi Bin Rahmat (Fahimi) ini sudah mula mempunyai para peminat mereka yang tersendiri. Kumpulan yang diberi nama "The 4aith" ialah sebuah kumpulan islamik yang menyanyikan lagu dalam pelbagai genre. "Luahanku", "Bebaskanku" dan "Kembalilah" merupakan lagu-lagu "cover" yang melonjakkan nama mereka. Mari mengenali kumpulan The 4aith dalam temu bual bersama pengurus mereka, iaitu Encik Muhammad.
Zara Kayangan (ZK): Assalamualaikum. Pertama sekali, Zara ucapkan tahniah kerana kumpulan The 4aith cukup kreatif menggubah lirik lagu daripada lagu-lagu tersohor seperti "Miracles in December" dan "Night Changes", serta menjadikan lirik lagu tersebut lebih ke arah nasihat kepada umat Islam. Tahniah Zara ucapkan sekali lagi.
Encik Muhammad (EM): Waalaikummusalam. Baiklah.
Terima kasih Zara kerana sudi menemubual kami. Saya, Encik Muhammad, pengurus rasmi kumpulan The4aith akan cuba menjawab soalan yang diberi.

Bismillahirrahmanirrahim.
ZK: Bagaimanakah tertubuhnya kumpulan The 4aith?
EM: The4aith ditubuhkan pada 20th Jun 2016. Sejarah penubuhannya bermula 2 tahun dahulu, ketika saudara Muhammad Fahimi (Fahimi) bertemu saudara Amir Firdaus (Amir) di Festival Nasyid sekolah 2014. Kemudian saudara Muhammad Fahimi berjumpa saudara Aniq Muhaimin (Aniq) di instagram untuk berkolaborasi dalam satu capella nasyid. Tidak lama selepas itu, saudara Muhammad Fahimi membawa kembarnya, saudara Muhammad Firdaus (Firdaus) untuk bersama membentuk satu kumpulan terdiri dari 4 orang ahli ini. Pada awalnya, saudara Aniq bekerja di sebuah syarikat islamik Malaysia untuk pembuatan album bacaan Al-Quran 30 Juz. Kemudian, saudara Aniq menjemput kumpulan The4aith yang dahulunya dikenali sebagai SHEHRAN bergerak bersama di bawah syarikat tersebut. Selesai 1 persembahan SHEHRAN di UIA Gombak, saudara Ahmad Adnin Bin Roslan, FOUNDER SENTAP PRESS SDN BHD telah menjemput kami untuk bernaung di bawah produksi beliau kerana melihat pelbagai potensi dan bakat dari mereka yang boleh dicungkil. Tidak lama selepas itu, kami pergi ke syarikat Tarbiah Sentap untuk menyiapkan projek pertama kami, iaitu lagu "Luahanku" (Night Changes Cover). Dan setelah itu, kami terus berada di bawah Tarbiah Sentap Studio bagi menjayakan lagi projek kami untuk menggalakkan lagi anak-anak muda meminati lagu-lagu berunsur islamik pelbagai genre.

ZK: Ini sebuah pendekatan yang cukup baik oleh kumpulan The 4aith. Apakah pengalaman paling manis yang dilalui oleh kumpulan The 4aith ketika berdakwah kepada anak-anak muda dalam cara sebegini?
EM: Antara pengalaman paling manis yang dilalui kami,The4aith ini ketika membuat persembahan di SMKA TUN RAHAH, SABAK BERNAM. Ramai anak muda meminati lagu cover versi Islamik ini. Ada juga yang datang dan bertanyakan soal dunia akhir zaman dengan mengatakan bagaimana ingin mengelak diri dari muzik-muzik yang berunsur negatif. Kedatangan The4aith juga disambut mesra oleh pelbagai lapisan masyarakat ; Ibu bapa, Adik-adik tingkatan 1-6, Remaja dan Dewasa. Alhamdulillah menepati apa yang kami hajatkan iaitu menarik minat anak muda meminati lagu berunsur islamik ini. Alhamdulillah. Moga Allah redha akan segala tindakan yang kita buat.

ZK: Zara setuju, semua perkara yang kita lakukan mestilah mendapat keredhaan Allah. Zara akui, lagu-lagu yang di"cover" oleh kumpulan The 4aith cukup terkesan di hati Zara. Ada sebarang perancangan untuk menghasilkan "single" sendiri atau album pada masa akan datang?
EM: Ada. Nantikan! 1 single penghujung Disember ini serta 2 album tahun hadapan! :)

ZK: Beralih ke soalan yang lebih santai, adakah kalian berhasrat untuk berkolaborasi bersama penyanyi atau kumpulan dari aliran nasyid? Contohnya seperti Hafiz Hamidun atau UNIC.
EM: In sha Allah, kami sememangnya berhasrat untuk berkolaborasi dengan artis-artis yang sudah berada dalam industri nasyid. Dan untuk pegetahuan semua, The4aith ini bukan kumpulan Nasyid, dan lagu-lagu kami bakal ada beberapa genre seperti Balada dan Pop. Kami adalah Band Islamik yang membawa mesej-mesej ketuhanan sesuai dengan minat masyarakat zaman ini.

ZK: Oh, begitu... Baiklah, kita kini berada di penghujung temu bual. Apakah perkembangan terbaru kumpulan The 4aith?
EM: Alhamdulillah, buat masa sekarang ini kami sedang bertungkus lumus menyiapkan cover terbaru kami dan akan diviralkan di media sosial November ini. Tajuknya? Nantikan! Kedua, kami sedang bertungkus lumus menyiapkan 'single' terbaru kami dan in sha Allah sekitar bulan April 2017, Album The4aith akan dikeluarkan di pasaran. Jangan lupa beli ya!

ZK: Alhamdulillah, syukran buat Encik Muhammad mewakili kumpulan The 4aith kerana meluangkan masa untuk temu bual ini. Zara doakan agar kumpulan The 4aith semakin dikenali ramai dan semakin dapat melebarkan dakwah ke seluruh dunia. InsyaAllah...
EM: Terima kasih sekali lagi Zara kerana sudi menemubual kami. Moga jalan ini menjadi asbab untuk masyarakat berubah.

assalamualaikumthanx zara. ahkak suke sangt konsep 4aith ni.. nak tunggu album the 4aith..x zabarrrr
ReplyDeleteAssalam Zara. Zara x interview Amir,Aniq,Fahimi Dan Firdaus ke?
ReplyDeletemalam ni the 4aith datang sekolah..tapi tak dapat pergiš¢
ReplyDeleteMcm mana nk jmput the 4aith ke skolah
ReplyDelete