aurora borealis

Budak Wicet

Assalamualaikum dan hai semua...! Saya ingin mengulas mengenai isu ini yang semakin "trending" di Malaysia. Sebelum saya ulas lebih lanjut mengenai isu ini, isu ini berkenaan dengan pengguna applikasi media sosial "WeChat". Applikasi media sosial "WeChat" menjadi viral gara-gara ada penggunanya yang (sengaja atau tidak sengaja) "typo" atau tunggang-langgang bahasa Inggerisnya.

Logo applikasi WeChat (Photo taken from here)

Fenomena "budak Wicet" tidak dapat disangkalkan lagi. Mereka seolah-olah "diraikan" sehingga ada ada yang sanggup mendedikasikan akaun Instagram mereka untuk "membahan" budak Wicet. Wah, hebat sungguh penangan "budak Wicet"! Sejujurnya, saya tidak menyokong tindakan admin yang membuka aib orang secara terang-terangan. Apa motif membuat akaun yang tak berfaedah dan menambahkan saham dosa di akhirat kelak?

Salah satu akaun IG "dikhaskan" untuk budak WiCet

Asal orang salah eja, kena bahan. Asal orang tulis bahasa Inggeris tunggang-langgang, kena bahan. Maklumlah, admin semua kan subjek bahasa Inggeris dapat "A+" memanjang, masa MUET dapat "Band 6", ayat semua tersusun cantik tanpa ada sebarang "typo"... Hmm... Kenapa tidak cuba membantu mereka untuk memperbetulkan kesilapan mereka? Ke admin sendiri pun budak Wicet...? *garu-garu kepala*

Salah satu contoh budak Wicet (Photo taken from here)

Mengenai Luqman Podolski, Adib Alexx dan semua Viners di Malaysia... Jangan khuatir, saya ialah sebahagian penyokong anda. Saya tahu secara jelas bahawa kalian hanya melakukan PARODI mengenai "budak Wicet". Bagi saya, parodi ialah sekadar suatu jenaka dan saya terhibur dengan lawak jenaka dari Viners di Malaysia. Syabas, kalian memang "daebak"!

luqmanpodolski (Photo taken from here)

adibalexx (Photo taken from here)

Berkenaan kes peperangan "budak Wicet vs budak IG"... Aduh, cukup-cukup la remaja zaman sekarang memalukan nama Malaysia. Mulanya, seorang budak Wicet "typo" atau tunggang-langgang bahasa Inggerisnya. Kemudian, budak IG baling kamus dekat budak Wicet. Selepas itu, budak Wicet pula mengutuk budak IG tak tutup aurat... Akhirnya, kedua-dua pihak berperang macam Perang Dunia Ketiga di laman sosial. *tepuk dahi sebab malu*

Ya Allah, budak-budak zaman sekarang ni...

Dulu ada kes "budak raver vs budak hipster". Maaflah budak-budak "raver"; tapi saya terpaksa jujur, tarian sotong tu bukan rave...! "Raver" ini ialah orang yang pergi ke festival EDM (contohnya "Djakarta Warehouse Project") dan "rave" di sana ditemani dengan lampu neon, "glowsticks", bunga api dan muzik EDM yang rancak. Itu baru "raver" yang sebenar. Bukannya yang menari terkibas-kibas serupa sotong! Saya agak kurang jelas mengenai "hipster", jadi saya tidak mengulas lanjut tentang itu.

Berbalik kepada "budak Wicet vs budak IG"... Aduh, saya pula yang malu melihat remaja yang kurang matang ni bergaduh. Bagi sayalah, dua-dua media sosial ada baik dan buruknya. Janganlah bertekak atas hal remeh-temeh. Bukan masuk pun dalam PT3 atau SPM mengenai "budak Wicet vs budak IG". Lebih baik kalian semua fokus dalam pelajaran yang lebih menjamin masa hadapan. Buat admin yang viralkan mengenai budak Wicet, tidakkah kalian takut melihat dosa kalian semakin bertambah kerana membuka aib orang? Ingat, Allah maha melihat dan Allah melihat semua perbuatan kita sama ada yang baik atau yang buruk.

Ingatlah, Allah maha melihat.

Nasihat saya ialah gunakan media sosial itu ke arah kebaikan, bukan keburukan. Jangan disebabkan nak "glamour" cepat, seseorang jadi tak kisah akan dosa dan nama baik. Buka aib seseorang itu dosa. Menjatuhkan nama baik (tak kira sendiri atau orang lain) mendatangkan malu. Cubalah jadi matang sedikit dan berfikir sebelum melakukan sesuatu di laman sosial.

Sekian saya dari saya. Kita berjumpa lagi di entri yang lain pula...!

XOXO, Z

Comments

Popular Posts