Pertama sekali, saya memohon maaf kerana sudah lama tidak memuat naik entri di dalam blog saya. Oh, selamat tahun baru buat semua pembaca blog saya. Terima kasih kerana memeriahkan blog saya pada tahun 2016. InsyaAllah, tahun 2017 akan bertambah meriah! Baiklah, tanpa membuang masa lagi, saya mulakan entri tahun 2017 dengan memperkenalkan sebuah kafe yang cukup menarik di Shah Alam.
Thirteen Street Cafe ialah sebuah kafe yang tampil dengan sajian hidangan barat. Kafe ini terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Kafe ini bersaiz sederhana besar dan dekorasi kafe ini minimal, namun sedap mata memandang. Mungkin inilah konsep yang ingin diketengahkan oleh kafe ini, iaitu minimalis.
Pameran aneka pencuci mulut yang diletakkan di kafe ini membuatkan saya terliur. Sejujurnya, saya ialah salah seorang penggemar manisan. Rasa macam tidak lengkap bila tiada sajian pencuci mulut selepas hidangan utama. Bagi saya, tidak salah untuk menikmati aneka manisan. Asalkan kita tahu untuk bersederhana ketika menikmati manisan dan jalani kehidupan yang aktif serta makan secara seimbang. Berbalik kepada aneka pencuci mulut di Thirteen Street Cafe; antara pencuci mulut yang menarik perhatian saya ialah "Nutella Millie Crepe", "Devil Chocolate Cake" dan "Triple Chocolate Cheesecake".
|
Wahhh... |
|
*terliur* |
Hidangan utama yang telah saya pilih di kafe ini ialah "Cheesy Grilled Salmon". Saya boleh katakan bahawa hidangan ini memang sangat enak. Salmon dimasak sempurna dan mempunyai perisa yang secukupnya. Keju yang diletakkan di atas salmon tersebut menambahkan keenakkan hidangan ini. Yang menariknya, sos lada hitam yang dihadangkan bersama salmon ini mempunyai sedikit corak seperti "cappuchino" di atasnya. Saya tuang semua sos ke atas ikan salmon dan sos tersebut telah membangkitkan deria saya. Memang terbaik...!
|
Cheesy Grilled Salmon with black pepper sauce |
Untuk pencuci mulut pula, saya memilih "triple chocolate cheesecake". Kek keju ini tidaklah terlalu manis dan ini merupakan sesuatu yang bagus bagi saya. Gabungan tiga jenis coklat ini mebuatkan saya ingin makan kek keju ini lagi dan lagi dan lagi. Entahlah, saya pun tidak tahu bagaiman cara untuk menjelaskan betapa enaknya kek keju ini. Boleh pergi sendiri ke Thirteen Street Cafe, Shah Alam untuk menikmati kek keju yang sangat enak ini.
|
Triple Chocolate Cheesecake |
Servis di kafe ini sangat cepat. Saya baru sahaja membuat pesanan, tup-tup dah sampai makanannya... Semua staf di kafe ini sangat bagus. Saya rasa seperti tiada apa yang kurang di Thirteen Street Cafe ini. Haa... Tunggu apa lagi? Marilah ke Thirteen Street Cafe, Seksyen 13, Shah Alam!
|
Sambil menunggu... Kejap sahaja. |
XOXO, Z.
Comments
Post a Comment