Perempuan dan perempuan cantik
Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca blog saya...! Kita bersua lagi di entri yang terbaru di blog saya. Saya tiba-tiba mendapat ilham untuk menulis topik ini disebabkan oleh pertanyaan seorang rakan saya. Soalan dia cukup mudah: "Apa taste saya dalam melihat seorang perempuan itu cantik?" Dengan ini, saya ceritakan taste saya terhadap perempuan lain.
Secara jujurnya, semua orang ada definisi cantik pada pandangan mereka. Ada yang kata kulit putih melepak macam Emma Maembong cantik, ada pula yang kata bermata sepet nampak comel, ada yang juga kata yang bersolek tipis nampak lebih menawan, dan sebagainya. Saya pula jenis yang tiada ciri-ciri spesifik untuk saya nilai kecantikan seseorang (kecuali muka. Yalah, dari wajah seseorang kita boleh jatuh cinta dengan kecantikannya. Bak kata orang putih: Love at first sight.)
Disebabkan saya tidak mempunyai sebarang ciri-ciri spesifik dalam melabel seorang perempuan itu sebagai cantik, saya akan tunjukkan beberapa perempuan yang saya rasa cantik pada pandangan saya. Tak perlu pergi merantau ke negara luar, sebab ada seorang perempuan yang sangat cantik dan dia berada di negara kita Malaysia!
Siapa tak kenal dengan Instafamous yang seorang ini? Hanis Arif (ataupun mengikut username di Instagram: @nononesss) ini ialah seorang graduan dalam bidang kejuruteraan. Hanis ialah usahawan tudung di bawah jenama Tudung Ruffle. Ramai yang mengenali wanita ini melalui kisah viralnya. Ada juga yang mengenali dirinya melalui gosip yang mengaitkan dirinya dalam terputusnya perhubungan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim. Berlainan dengan saya, saya mula jatuh cinta terhadap kecantikannya apabila gambarnya termasuk di bahagian "explore" di Instagram saya. Saya macam "Subhanallah, cantiknya dia ni!" Berpakaian menutup aurat dan mempunyai seraut wajah yang jelita, itulah seorang Hanis Arif!
Secara jujurnya, semua orang ada definisi cantik pada pandangan mereka. Ada yang kata kulit putih melepak macam Emma Maembong cantik, ada pula yang kata bermata sepet nampak comel, ada yang juga kata yang bersolek tipis nampak lebih menawan, dan sebagainya. Saya pula jenis yang tiada ciri-ciri spesifik untuk saya nilai kecantikan seseorang (kecuali muka. Yalah, dari wajah seseorang kita boleh jatuh cinta dengan kecantikannya. Bak kata orang putih: Love at first sight.)
Disebabkan saya tidak mempunyai sebarang ciri-ciri spesifik dalam melabel seorang perempuan itu sebagai cantik, saya akan tunjukkan beberapa perempuan yang saya rasa cantik pada pandangan saya. Tak perlu pergi merantau ke negara luar, sebab ada seorang perempuan yang sangat cantik dan dia berada di negara kita Malaysia!
Hanis Arif (Photo taken from here) |
Jikalau ramai yang mengatakan bahawa yang cantik di Korea Selatan semuanya disebabkan pembedahan plastik, jangan terlupa bahawa ada seorang pelakon wanita dari Korea Selatan yang cukup yakin akan kecantikan semulajadinya.
Song Ji Hyo (Photo taken from here) |
Perghhh... Dalam usia 35 tahun (Saya pun terperanjat bila dapat tahu umur dia), Song Ji Hyo tetap nampak cantik tanpa mekap. Song Ji Hyo ialah seorang pelakon, pengacara dan model terkenal di Korea. Dia juga ialah seorang peserta tetap bagi rancangan "Running Man". Seperti yang disaksikan dalam rancangan tersebut, Ji Hyo memang cantik dalam apa jua keadaan. Siapa yang sudah menonton "Running Man" episod 291? Dalam episod itu, kecantikan Ji Hyo telah disahkan oleh seorang doktor sebagai kecantikan semula jadi. Di saat ramai berlumba-lumba untuk mencantikkan diri dengan pembedahan plastik, Ji Hyo yakin dengan kecantikannya sendiri!
Gal Gadot (Photo taken from here) |
Pertama kali saya melihat Gal Gadot dalam filem "Batman Versus Superman", saya terpegun dengan wajahnya. Saya siasat dan terus siasat, rupa-rupanya beliau ialah "Miss Israel" pada tahun 2004 dan bertanding di pertandingan ratu cantik "Miss Universe" pada tahun yang sama. Gal Gadot ialah seorang pelakon dan model kelahiran Israel yang sedang mencipta nama di Hollywood. Bagi saya, Gal Gadot mempunyai pandangan mata yang cukup menggoda dan wajah yang cukup elegan. Kalau saya yang perempuan pun boleh jatuh cinta, apatah lagi jejaka di luar sana. Yang membuatkan saya lebih terkejut, dia tetap menawan walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak!
Perempuan-perempuan cantik yang tidak sempat saya ulas lebih (Empat nama sahaja):
(Dari Malaysia) Mira Filzah, Wawa Zainal, Niena Baharun dan Janna Nick (Nota kaki: Saya pernah berselisih dengan Janna Nick ketika dia masih belum bersolek, sangat manis orangnya.)
(Dari luar negara) Junghwa (EXID), Kajol, Miranda Kerr dan Emilia Clarke (Nota kaki: Siapa layan drama bersiri "Game of Thrones"? Kita geng...!)
P.S.: Walaupun ada ramai wanita yang jelita di dunia ini; tapi pada pandangan mata saya, tiada sesiapa yang boleh menandingi kecantikan ibu saya.
XOXO, Z
Comments
Post a Comment