Assalamualaikum dan hai semua. Saya nak berkongsi tentang pengalaman yang cukup mengujakan saya baru-baru ini. Saya sendiri pun berasa teruja sambil menaip entri ini kerana ini merupakan pengalaman kali pertama saya berada di bazaar Ramadhan yang dikelilingi oleh selebriti tempatan yang cukup popular dan gah namanya.
Bazaar apa yang saya maksudkan...? Semestinya bazaar yang meriah dan dikenali ramai iaitu bazaar "Syukur Selalu TV3". Bazaar yang saya kunjungi ini bertempat di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah. Sambil bergambar dan berhibur, semua pembelian di bazaar ini akan disumbangkan kepada "Tabung Bersamamu TV3".
Setibanya saya di sana, jam telah menunjukkan pukul 3 petang dan kesemua para artis yang baru tiba duduk berehat di khemah yang disediakan khas buat mereka. Saya pun melihat mereka dari jauh (kami dipisahkan oleh pagar) dan kelihatan mereka gembira tetapi keletihan.
Setelah memperkenalkan para artis dan juga barisan duta "Syukur Selalu" yang terlibat di pentas utama, mulalah "Battle Booth" diadakan. "Battle Booth" ini merujuk kepada persaingan secara sihat di antara para artis dalam menjual barangan di bazaar Ramadhan mereka. Selain daripada membeli juadah berbuka, saya turut berpeluang bergambar dengan beberapa artis yang terlibat.
|
Nonny Nadhirah & Talha Harith |
|
Redza Rosli |
|
Uqasha Senrose |
|
Nadia Brian |
|
Puteri Aishah (Dewi Remaja) |
|
Luqman Hafidz (Ola Bola) |
|
Fattah Amin |
Sekian saja penulisan saya buat kali ini. Semoga kita dapat bertemu lagi di entri yang akan datang, InsyaAllah...
XOXO, Z
Comments
Post a Comment