aurora borealis

Tudung People Boutique and Cafe

Assalamualaikum dan hai semua. Pertama sekali, saya selaku "blogger" di laman ini ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri di blog ini. Hala tuju blog ini masih dalam keadaan tidak pasti, tapi saya jenis yang main tulis apa sahaja yang saya rasa hendak tuliskan.

Pada entri pertama saya ini, saya hendak memberikan sedikit ulasan mengenai kedai "Tudung People" serta kafe "Wander by Tudung People". Saya memilih butik Tudung People di Bangi Sentral untuk menjadi tempat persinggahan saya. Apabila pertama kali saya menjejakkan kaki ke dalam kedai "Tudung People", saya tertarik melihat papan tanda "Tudung People" terpampang di kaunter pembayaran.



Bergambar di papan tanda butik Tudung People

Seterusnya, saya melihat pula kepada dekorasi kedai tersebut. Dekorasi butik cukup minimal dan semua barangan disusun dengan rapi bagi memudahkan pengunjung untuk memilih apa yang mereka kehendaki. Label koleksi juga diletakkan dengan jelas di atas rak. Di tengah-tengah butik, ada diletakkan sebuah bahagian "sample sale". Harga barangan di butik ini semuanya berpatutan dengan kualiti yang ditonjolkan oleh label Tudung People. Yang paling menarik mengenai barangan di bahagian "sample sale" ialah tawaran "Beli 4, percuma 1" yang diberikan oleh butik ini.



Buy 4 free 1 *muka teruja*

Aroma lazat kek dari dalam butik membuatkan saya terasa lapar secara tiba-tiba. Sama seperti barangan di butik Tudung People, semua kek di Wander by Tudung People disusun dengan rapi di atas rak lutsinar. Saya sempat merasa dua daripada kesemua hidangan di Wander by Tudung People, iaitu aiskrim "Nutella Crazy Cool" serta kek "Chocolate Galore". Sebagai seorang penggemar coklat, kedua-dua hidangan ini menepati cita rasa saya. Apabila saya mennyuapkan aiskrim "Nutella Crazy Cool" ke dalam mulut saya, saya terasa seperti ada letusan coklat di dalam mulut. Kek "Chocolate Galore" pula tidaklah terlalu manis, sedikit kontra dengan kemanisan dari aiskrim "Nutella Crazy Cool".


Nutella Crazy Cool dan Chocolate Galore

Om nom nom... :)

Secara keseluruhan, saya boleh katakan butik Tudung People dan kafe Wander by Tudung People sebagai minimalis dan kemas. Para pekerjanya pula mesra dengan pelanggan dan murah dengan senyuman. Servis penghidangan makanan juga agak pantas. Hidangan pencuci mulut di sini juga enak. Saya seolah-olah tidak menjumpai cacat-cela di butik ini. Secara keseluruhan, saya boleh katakan "Tudung People Boutique and Cafe" memang terbaik!

Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada semua pekerja butik Tudung People di Bangi Sentral kerana mengalu-alukan kehadiran saya di butik tersebut. Sekian sahaja nukilan saya buat kali ini. Semoga kita dapat bersua lagi di entri yang seterusnya.

XOXO, Z

Comments

Popular Posts